Wednesday, December 2, 2009





     

Thursday, October 15, 2009


Pelbagai contoh gubahan indah untuk kediaman atau persekitaran kerja anda. pilihlah daripada pelbagai jenis gubahan yang kami tawarkan di Anggun Kejora.
Harga dari : RM150-RM350

Monday, October 12, 2009


Gubahan eksklusif ini telah menjadi rebutan ramai sepanjang bulan puasa tempoh hari. Menggayakan orkid sebagai bahan utama, ia bisa membangkitkan suasana segar di dalam kediaman anda. jikalau sudah kebosanan di dalam kediaman anda, bolehlah ianya diletakkan di taman anda.
Harga dari
RM150-220

Thursday, October 1, 2009

hantaran


Contoh gubahan hantaran pertunangan/perkahwinan daripada Anggun Kejora.
Untuk tempahan, sila hubungi kami :
Awie : 0122789198
Sham : 0136413646

Keindahan Hijau Putih


Pelamin bertemakan putih suci dan hijau ini telah direalisasikan dengan begitu indah.
Menggunakan bunga stargazer lilly putih yang mekar semerbak, pastinya suasana majlis ini
bangkit dengan harumannya yang menusuk jiwa.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak kami di Anggun Kejora :
Awie : 0122789198
Sham : 0136413646

Tuesday, September 29, 2009

Hiasan Dewan




Walaupun tanpa pelamin, Hiasan yang ringkas ini masih dapat menyerikan suasana indah hari bahagia sang mempelai. Menampilkan backdrop ringkas untuk meja makan utama, gerbang bunga segar dan pedestal arrangement. Ringkas tapi masih tetap menawan.
Harga mengikut pilihan anda.
Pedestal Arrangement : RM 90-RM120 / each
Gerbang                     : RM 350-RM550 / each
Backdrop curtain        : RM 300-RM350 / each
Pilihan warna adalah mengikut tema majlis anda.

Ringkas Menawan
Menampilkan hiasan pelamin ringkas tapi menawan. menggunakan semua bunga segar sebagai medium utama. Pilihan warna adalah mengikut kehendak mempelai. Set ini menawarkan pakej termasuk
Kerusi
Pentas
Backdrop curtain
4 gubahan bunga tepi pelamin
1 arch
Harga pakej adalah tertakluk kepada jenis dan kuantiti bunga yang digunakan. Untuk set ini
Harga dari : RM800-850



Ilustrasi penuh untuk Gubahan meja utama.
Menempatkan sebuah balang kaca berisikan sepasang ikan emas.
Ikan emas yang berenangan penuh gemalai dibaratkan persis dua mempelai yang tersenyum riang di hari nan bahagia.



Hiasan Meja Utama
Gubahan ini menyemarakkan lagi suasana indah hari bahagia anda. Sesuai juga untuk menempatkan
kek perkahwinan atau hari jadi mengikut kesesuaian. Didatangkan dalam pelbagai variasi bunga
segar seperti stargazer lilly, ustoma, gerbera, ros dan sebagainya. Warna mengikut tema saat indah anda.
Harga dari : RM250-350



Gubahan hantaran ini menggunakan bunga stargazer lilly sebagai bahan utama.
Kewangian bunga lilly ini menggamit suasana indah di hari yang amat
bahagia buat mempelai yang membawanya. Didatangkan dalam dua atau tiga variasi warna
dan yang pasti semuanya dapat membangkitkan suasana indah hari bahagia anda. Harga tertakluk
pada kuantiti bunga yang digunakan.
Harga dari : RM50-RM70

Monday, September 28, 2009

Hiasan Pelaminan Akad Nikah
Mementingkan keindahan bungaan segar, dome 4 segi ini menampilkan kemeriahan
bungaan segar untuk saat penting sang mempelai lelaki. Dalam kegusaran menjabat tangan si kadi,
pastinya kesegaran bungaan dapat melenyapkan kecemasan itu. Menggunakan bunga orkid, ustoma dan gerbera sebagai medium utama.
Harga dari : RM550-850


Gubahan Wang Mas Kahwin
Gubahan ini menampilkan bunga gerbera kuning yang segar.
ditambah seri dengan wang mas kahwin not RM10. Wang digubah indah menjadi
kuntuman mawar yang indah berseri. Harga gubahan ini bergantung pada
kuantiti bunga yang digunakan.
Harga dari : RM50-RM70

Gubahan Hantaran

Seceria Gerbera
Gubahan hantaran ini menggunakan bunga gerbera sebagai bunga utama.
Di gubah dalam bakul rotan yang eksklusif. Gubahan barangan hantaran ditempatkan
disebelah gubahan bunga gerbera. Kuantiti bunga menentukan harga setiap gubahan
hantaran ini. Harga boleh dirunding.
Harga : RM50-RM70


Friday, August 28, 2009

facebook

Gubahan orkid ini menggunakan bakul sebagai media pasu nya. digubah sebelah dan sedikit ruang disediakan untuk menjadikannya berfungsi sebagai ruang untuk diletakkan barangan lain. Gubahan ini amat sesuai untuk dijadikan hamper, bakul buah atau sebagainya. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, merah jambu, merah hati dan lain-lain. Dapatkan gubahan orkid terkini ini daripada kami di Anggun Kejora.
Harga : RM88

Gubahan-gubahan Orkid terkini


Gubahan orkid terkini daripada kami ini menampilkan gaya yang natural. Bunga yang digunakan adalah daripada material yang berkualiti tinggi. Sesuai diletakkan di sudut-sudut tertentu di ruang kediaman ataupun di ruang kerja anda. Boleh di dapati daripada kami di Anggun Kejora.
Harga : RM180

Thursday, July 23, 2009



Rose Garden

Stail Gubahan ini amat sesuai untuk melengkapkan satu ruangan besar seperti di bilik mesyuarat atau lobi2 pejabat. Menggunakan bunga ros sebagai material utama, taman ciptaan ini menceriakan suasana dengan ciri Inggerisnya yang tersendiri. Untuk pilihan lain, pelbagai jenis bunga boleh digunakan, hanya mengikut citarasa anda sendiri. Harganya berbeza mengikut kuantiti dan material bunga yang digunakan. Untuk taman gubahan seperti di dalam foto, saiznya adalah 18` x 6`.

Harga : Dari RM2500 dan ke atas.

Wednesday, July 22, 2009

Agapahanthus Putih

Gubahan ynag nampak seakan hidup ini sebenarnya menggunakan material palsu yang bermutu tinggi. Sesuai diletakkan di sudut2 yang dirasakan perlu seperti meja makan, konsol, sudut atau di mana sahaja. Gubahan yang bersahaja ini nampak catchy seolah-olah menanam pokok hidup di dalam kediaman anda.
Dapatkan daripada kami di Anggun Kejora dengan harga yang amat berpatutan.

Harga : RM 170

Thursday, July 2, 2009


Sesejuk Salju
Gubahan bunga ini menampilkan gaya moden menggunakan bunga-bunga beriklim sejuk. Penggunaan agaphanthus biru dan gladioli putih adalah paduan dua warna yang amat padan dan ianya amat sesuai untuk diletakkan disudut kediaman tidak kira dari ciri moden hinggalah tradisional.
Boleh didapati daripada kami di Anggun Kejora pada harga yang amat berpatutan.
Harga : 180


Hyacinth

Gubahan bunga ini menggunakan bunga hyacynth palsu yang tampak seperti hidup. didatangkan dalam beberapa warna. sesuai untuk ditempatkan di sudut-sudut seperti di atas meja kopi, di atas kabinet dan sebagainya.

Harga : RM75

untuk penghantaran bawah RM100, charge penghantaran sebanyak RM20 akan di kenakan untuk lokasi di sekitar lembah klang.



Khazana Orkid

Menggunakan dua jenis orkid sebagai media utama gubahan, gubahan ini adalah dari jenis gubahan vertical. Sesuai ditempatkan di sudut-sudut kosong kediaman anda. Didatangkan dalam beberapa pilihan warna.

Harga : RM170



Gubahan ini menggunakan bunga orkid sebagai media utamanya. Bunga yang berkualiti tinggi ini sememangnya tampak hidup bila ditempatkan di sudut kediaman anda. Boleh didapati dari kami di Anggun Kejora dalam beberapa variasi warna.

Harga : RM180

Friday, June 19, 2009



Jambangan Mawar Indah

Gubahan yang indah ini menggunakan mawar sebagai media utama gubahannya. Ia akan tampak lebih menarik untuk ditempatkan di dalam persekitaran dekorasi inggeris. Boleh digubah dalam pelbagai saiz untuk dijadikan penghias meja makan, meja cofe dan sebagainya.

Harga : RM70