Tuesday, September 29, 2009

Hiasan Dewan




Walaupun tanpa pelamin, Hiasan yang ringkas ini masih dapat menyerikan suasana indah hari bahagia sang mempelai. Menampilkan backdrop ringkas untuk meja makan utama, gerbang bunga segar dan pedestal arrangement. Ringkas tapi masih tetap menawan.
Harga mengikut pilihan anda.
Pedestal Arrangement : RM 90-RM120 / each
Gerbang                     : RM 350-RM550 / each
Backdrop curtain        : RM 300-RM350 / each
Pilihan warna adalah mengikut tema majlis anda.

Ringkas Menawan
Menampilkan hiasan pelamin ringkas tapi menawan. menggunakan semua bunga segar sebagai medium utama. Pilihan warna adalah mengikut kehendak mempelai. Set ini menawarkan pakej termasuk
Kerusi
Pentas
Backdrop curtain
4 gubahan bunga tepi pelamin
1 arch
Harga pakej adalah tertakluk kepada jenis dan kuantiti bunga yang digunakan. Untuk set ini
Harga dari : RM800-850



Ilustrasi penuh untuk Gubahan meja utama.
Menempatkan sebuah balang kaca berisikan sepasang ikan emas.
Ikan emas yang berenangan penuh gemalai dibaratkan persis dua mempelai yang tersenyum riang di hari nan bahagia.



Hiasan Meja Utama
Gubahan ini menyemarakkan lagi suasana indah hari bahagia anda. Sesuai juga untuk menempatkan
kek perkahwinan atau hari jadi mengikut kesesuaian. Didatangkan dalam pelbagai variasi bunga
segar seperti stargazer lilly, ustoma, gerbera, ros dan sebagainya. Warna mengikut tema saat indah anda.
Harga dari : RM250-350



Gubahan hantaran ini menggunakan bunga stargazer lilly sebagai bahan utama.
Kewangian bunga lilly ini menggamit suasana indah di hari yang amat
bahagia buat mempelai yang membawanya. Didatangkan dalam dua atau tiga variasi warna
dan yang pasti semuanya dapat membangkitkan suasana indah hari bahagia anda. Harga tertakluk
pada kuantiti bunga yang digunakan.
Harga dari : RM50-RM70

Monday, September 28, 2009

Hiasan Pelaminan Akad Nikah
Mementingkan keindahan bungaan segar, dome 4 segi ini menampilkan kemeriahan
bungaan segar untuk saat penting sang mempelai lelaki. Dalam kegusaran menjabat tangan si kadi,
pastinya kesegaran bungaan dapat melenyapkan kecemasan itu. Menggunakan bunga orkid, ustoma dan gerbera sebagai medium utama.
Harga dari : RM550-850


Gubahan Wang Mas Kahwin
Gubahan ini menampilkan bunga gerbera kuning yang segar.
ditambah seri dengan wang mas kahwin not RM10. Wang digubah indah menjadi
kuntuman mawar yang indah berseri. Harga gubahan ini bergantung pada
kuantiti bunga yang digunakan.
Harga dari : RM50-RM70

Gubahan Hantaran

Seceria Gerbera
Gubahan hantaran ini menggunakan bunga gerbera sebagai bunga utama.
Di gubah dalam bakul rotan yang eksklusif. Gubahan barangan hantaran ditempatkan
disebelah gubahan bunga gerbera. Kuantiti bunga menentukan harga setiap gubahan
hantaran ini. Harga boleh dirunding.
Harga : RM50-RM70