Friday, June 19, 2009



Jambangan Mawar Indah

Gubahan yang indah ini menggunakan mawar sebagai media utama gubahannya. Ia akan tampak lebih menarik untuk ditempatkan di dalam persekitaran dekorasi inggeris. Boleh digubah dalam pelbagai saiz untuk dijadikan penghias meja makan, meja cofe dan sebagainya.

Harga : RM70


Sesuci embun memutih

Gubahan yang menonjolkan pelbagai media daripada warna putih ini mungkin tampak biasa, tetapi sebenarnya ia akan dilihat lebih menyerlah jika dijadikan penghias ruangan yang cukup luas seumpama lobi atau ruang tamu. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai gugahan masterpiece.
Menggunakan bunga-bunga seperti gerbera, iris, tulip dan orkid. Penggunaan bunga tempatan boleh menjadikan harganya lebih rendah berbanding menggunakan bunga import seperti di dalam gambar.

Harga : RM250

Unggas Syurga
Gubahan bunga ini mampu menaikkan seri pandangan di sudut seperti di penjuru reception counter, atau untuk tampak lebih moden, ianya boleh diletakkan sebagai penghias console table.
Menggunakan bunga lily dan bird of paradise sebagai medium utama. warna adalah mengikut pilihan anda.
Harga : RM80
Gubahan bunga segar ;
Menggunakan bunga carnation, lily dan heliconia,
gugahan seumpama ini amat sesuai diletakkan di ruangan sudut.
Harga : RM130